Rahim jatuh adalah satu keadaan di mana uterus turun ke bawah atau ke dalam faraj. ini berlaku kerana ligamen lantai pelvik jadi lemah dan tidak mampu untuk menyokong uterus.
Ia kemungkinan berpunca dari kekerapan bersalin dan juga gaya hidup seseorang. Mungkin seseorang yang kerjanya selalu mengangkat barang2 yang berat dan juga kemungkinan ahli sukan yang selalu melakukan aktiviti lasak.
Tanda-tanda rahim jatuh atau lemah adalah;
- Kencing tak lawas - padahal baru je lepas buang air kecil tapi masih lagi rasa nak kencing.
- Rasa berat dibahagian ari-ari.
- Tak boleh nak kawal kencing terutama ketika batuk atau bersin.
- Sakit ketika bersama suami - sangat jelas rasa ngilu dibahagian rahim.
- Perut senak dan tidak selesa.
- Sakit pinggang yang berpanjangan.
- Sakit di bahagian tumit kaki- rasa menyucuk-nyucuk.
- Paha dan betis rasa kebas.
- Rasa seperti nak demam terutama selepas waktu Asar dan Maghrib.
Cara untuk mengatasi masalah rahim jatuh @ lemah.
(1) Kurangkan berat badan - bertujuan bagi mengurangkan tekanan pada struktur pelvik.
(2) Buat senaman Kegel
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/308679/senaman-kegel-lebih-selamat
(3) Elakkan sembelit. minum air yang banyak dan makan makanan yang tinggi serat. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kesan @ masalah dari rahim jatuh @ lemah
1) Prolaps Uterus
- terjadi apabila otot dan ligamen yang menampung uterus jadi lemahdan kemungkinan turun ke bawah dan menekan pundi kencing.
- menyebabkan kebocoran air kencing dan sakit ketika bersama.
2) Menorhagia
- keadaan di mana pendarahan haid terlalu lama atau pendarahan yang terlalu banyak.
- akan sebabkan anemia iaitu jumlah sel darah merah akan menurun.
3) Penyakit Radang Pinggul (PID)
- PID disebabkan oleh infeksi atau jangkitan bakteria yang masuk ke serviks dan merebak ke rahim, dinding rahim dan seterusnya ke tiub fallopio.
4) Kanser Rahim
- di sebut juga kanser endometrium. Menyebabkan pendarahan vagina yang tidak normal.
kredit to : theAsianParentMalaysia
hello Doctor
No comments:
Post a Comment