Wednesday, 20 January 2021

KUATKAN ANTIBODI WARGA EMAS DENGAN AMOORA GOLD.

Kita ni anak2 tentu risau kan mak ayah kat kampung. Nak balik tak boleh nak rentas negeri. Hanya telefon je lah. Tapi bila mak ayah bagitau tak sihat, lenguh sana sini, sakit lutut, risau kan kita. Sayu je bila ingatkan mak ayah. . Haaa, sapa yang rasa apa yang kakYu rasa ni. 

Dulu2 kakYu macam ni jugak tapi sekarang ni tak dah. KakYu memang bekalkan Amoora Superfood buat dia orang. Semua jenis amoora mak ayah dah makan. Alhamdulillah, walau dah lanjut usia, dia orang sihat. 

 Amoora GOLD ni pun sesuai sangat untuk mak ayah kita. Walau bahan2 nya 9 je taaaapi ia betul2 SUPERFOOD yang sangat beri manfaat pada tubuh badan mak ayah kita.Lagi satu, bahan2 ni adalah bahan aktif cegah kanser. Bila makin berusia, kita semua terdedah pada risiko2 ni. 

Omega 3, 6 & 9 yang ada pada minyak Star Sacha Inchi ni sangat baik sebenarnya untuk kesihatan jantung. Ia akan melancarkan perjalanan darah ke jantung dan menurunkan kadar kolestrol. 

Disamping tu, kadang kita perasan kan mak ayah kita banyak perkara mereka jadi mudah lupa. Jadi Amoora Gold bantu kuatkan daya ingatan dan cegah mak ayah kita dari penyakit Alzheimer. Aprikot dan buah tin juga bantu untuk kuatkan ingatan mak ayah.

Masalah kulit kering, eczema, masalah mata yang makin kabur, lancarkan sistem buah pinggang dan pada masa sama akan kuatkan tulang yang dah mula hilang kepadatan. Variasi kurma terutama kurma muda bantu memberikan tenaga buat mak ayah. Kadang mak ayah kita tak lalu nak makan tapi mereka akan tetap bertenaga bila makan Amoora ni.

Ahaaa, best kan bila mak ayah kita makan amoora GOLD ni. Bila dalaman sihat. InshaAllah luaran pun akan ikut sihat kan?

 #makananwargaemas  #AmooraSuperfood

Wednesday, 6 January 2021

6 TIPS LEGAKAN BATUK & SELESEMA

Ibu2 tentu risau kan bila anak2 kerap batuk dan selesema. Tambah plak sekarang ni keadaan cuaca yang tak menentu. Tapi sebenarnya batuk dan selesema ni bagus. Sebab ia adalah salah satu mekanisma (cara) pertahanan diri badan. Kahak dapat dikeluarkan secara semula jadi. 


Biasanya batuk dan selesema yang ringan akan sembuh sendiri dalam tempoh seminggu. Jadi ibu2 jangan risaulah. Tapi jika masalah batuk dan selesema ini berlarutan, ibu2 patut amik cakna bagi elakkan kepada risiko jangkitan kuman.

Kakyu nak kongsikan 6 tips macam mana kita dapat legakan batuk dan selesema anak2 sebelum ia berlarutan.

1) Cara ni kakYu suka buat. Garlic Steaming. Wapkan muka anak pada permukaan air panas yang kita masukkan bawang putih. Anak2 akan menangis tapi tak pe sebab ia akan lobggarkan kahak yang ada dalam paru2 dam cairkan hingus dalam hidung.


2) Yang ni pun paling mudah, minyak bawang putih. Kita bakar kan bawang putih hingga melepuh, ketukkan sikit dan masukkan dalam minyak zaitun, minyak kelapa dara atau pun minyak masak pun boleh. Cara ni baginkakYu memang sangat2 membantu.

3) Kunyit adalah antibiotik semula jadi. Bagus untuk legakan batuk dan selesema. Gosokkan kunyit hidup pada permukaan bekas yang kasar. Air tu buat sapu pada batang hidung.

4) Cara yang ni pun sangat2 mudah. Teknik tepuk Percussion. Tangan kita dalam bentuk cupping dan tepuk pada belakang kiri dan kanan anak. Tujuannya untuk longgarkan kahak dalam paru2.

5) Teknik tuaman madu di mana kita sapu madu pada kain dan tekapkan pada dada anak2.

6) Beri anak2 makanan yang Kaya dengan Omega. Penting untuk elakkan keradangan pada salur pernafasan anak2 dan ia juga bantu untuk tingkatkan imun badan anak2 kita.

Mudahkan. Moga tips yang kakYu kongsikan ni dapat beri manfaat buat kita. KakYu dah cuba beberapa teknik ni dan ia memang sangat2 membantu😍.

Nak mudah bagi je anak2 Amoora Superfood. Arabic gum al- manna dan kismis juga bagus untuk legakan batuk dan cairkan kahak. 

 💕💕kakYu Amoora 

 #tipsrawatbatukselesema #AmooraSuperfood #makananlegakanbatukselesema #legakanbatukselesema

Monday, 4 January 2021

JATUH CHENNTA DENGAN AMOORA

Betul lah kata pepatah " tak kenal maka tak cinta". Nampak cam jiwang2 plak kan tapi itulah realitinya. Sebelum kenal memang kita rasa macam "alah, biasa je tu" tapi bila dah kenal walllahhh terus angau jadinya😍😍.

Macam tu lah kakYu dengan Amoora ni. Sekarang ni orang panggil kakYu Amoora pun tak kisah dah. Ayah kakYu pun panggil anak2 kakYu anak Amoora. Di mana2 memang sentiasa ada di sisi. 

Walaupun dah ada kerja tetap, ada pendapatan bulan2 tapi kakYu bahagia nak sebarkan Amoora ni. Kakyu nak seramai mungkin dapat manfaat dari Amoora ni terutamanya kesihatan. 2 tahun kakYu bersama Amoora ni banyak yang KakYu dapat.


Dengan Amoora kakYu dah dapat keluarkan zakat tiap2 bulan. Mami HidaRani selalu pesan untuk kita tunaikan hak Allah dulu. Jangan tunggu sampai kita betul2 layak untuk keluarkan zakat tapi keluarkan setakat yang kita layak. Sebelum ni tak terpikir pun pasal ni.

Bersama Amoora juga, kakYu paksa diri untuk baca 1 juzuk setiap hari. Masya Allah, sebelum ni kakYu tak pernah dan selalu fikir tak boleh. Tapi dalam circle Amoora kakyu paksa diri 1 juzuk bahkan kadang2 boleh habiskan 2 juzuk bila baca juzuk bantuan untuk sahabat2 lain. KakYu tak rasa diri ini baik tapi berusaha untuk jadi yang terbaik.

Lagi seronok bila dengan Amoora kakYu dapat support family untuk pergi bercuti. Selama ni memang spend duit gaji je tapi tidak lagi. Gembirakan hati anak2 memang sangat2 membahagiakan.

Untuk 2021 banyak lagi impian kakYu nak capai melalui Amoora. KakYu nak bawa ma ayah n keluarga tunaikan umrah. Nak gembirakan hati dia orang. KakYu juga nak buka satu outlet Amoora di Terengganu ni. Ala2 butik cafe macam tu😍😍. Customer yang datang boleh tengok2 pro duk Amoora sambil2 minum Kopi Kurma Amoora dan makan Kek Kurma. Nak letakkan dalam tu makanan2 sunnah. 


Moga impian kakYu ni tercapai yer. 

 💕💕kakYu Amoora

Saturday, 28 November 2020

MINUMAN DETOKS SUPERTEA

Kakyu dulu2 memang tak pernah nak ambik kisah pasal detoks ni. Selalu nampak orang rendam hirisan lemon, halia dan serai, asam keping. Dia orang cakap air detoks. Tapi masa tu memang kakyu tak pernah nak cuba. Masa viral chia seed satu masa dulu, terjebak jugak beli. Rendamlah chia seed tu buat minum. .

Kadang bila anak2 tak sihat, demam ke batuk ke, ada jugak belikan lemon. Buat air hirisan lemon nak bagi anak2 minum tapi masalahnya bleh masuk seteguk je. Sebab tak leh tahan masam air nya tu. Last2 terbiar macam tu jer air hirisan lemon tadi. 

Kakyu ni plak jenis perut mudah sebu. Kadang menyucuk2 sakitnya. Angin tak keluar. Bukan jenis yang sendawa uk ak uk ak tu. Suami plak memang dia badan banyak angin. Klu mintak dia picitkan badan, dia plak yang duk sendawa tak henti2. Kakyu relaks jer. Dia jugak jenis yang tak lawas. 2, 3 hari baru membuang. Kakyu risau jugak sebab bila tak buang 2,3 hari ni, bimbang jadi lain plok kan.



So, bila tahu ada Amooora Supertea ni, memang tak ragu2 lah nak cuba. Dengan harapan dapat selesaikan masalah kami tu. . Pertama kali cuba, ambik bau dulu. Wahhh, memamg segar rasa baunya tu. Bancuh 2 cawan malam tu, 1 kakyu 1 suami. Pakat2 lah minum. Kakyu lepas minum , sendawa juga lah.

Terus rasa lega perut. Suami lagi lah. Asyik sendawa je. Esok paginya, dia terus bagitau yang dia mudah jer buang. Kakyu tanya, betul ke main2. Yer lah masa tu pikir kut2 dia gurau je tapi memang rasa ringan badan katanya. Sejak dari tu lah, memang konsisten minum Supertea. 

Sekarang ni, anak2 pun suka minum. Seawal 12 tahun bleh dah nak minum . Hingga ke Nuha pun terliur. Kakyu bagi jugok lah 1 sudu teh. Anok hok ke 2 ni pun sama macam kakyu. Perut senang nak sebu. Selalu angin. Bila rasa dok selesa, memang bagi minum Supertea je. Alhamdulillah, 5 minit dah rasa lega perut tu. 

Bila anak2 mula rasa tak sedap badan macam dedar2 nak demam, batuk, selesema, memang kakyu bancuh jer Supertea ni bagi minum. Dan alhamdulilllah, anak2 jadi segar badan dan sihat. Bila time period kan perut jadi kembung, tak selesa, bancuh je Supertea bagi diaorang minum. .

Alhamdulillah, banyak jasa Supertea kat family kakyu ni. Korang bila lagi😍😍😍  

💕💕kakYu Amoora

 #angindalambadan #lawasmembuang

#legakanbatuk

PEMAKANAN TERBAIK UNTUK WARGA EMAS

Semua orang nak mak ayah sihat kan. Amoora Premium ni memang sangat2 membantu. Kadang2 bila dah berusia ni, selera makan akan berkurang. Pahit mulut lah, macam2. Dah jadi badan tak bertenaga. Tapi mak ayah kita ni kuat buat kerja. Malam dah start lenguh2 dan sakit2 badan. Tidur pun jadi tak lena sebab badan terlampau letih. Tu tak kira lagi time tidur kena betis cramp plak. Kesian kan kat mak ayah kita.

Ada juga yang jadi pelupa. Yang lagi teruk bila dah sampai jadi nyanyuk. Sedihnya. Mesti risau fikirkan mak ayah yang duk kampung tanpa ada anak2 yang pantau. 

Masalah darah tinggi, kolestrol, kebas2 kaki tangan pun dah biasa sangat. Kadang2 ada masalah sembelit dan angin dalam badan.

Jangan risau, in syaa Allah Amoora Premium dapat bantu berikan kesihatan yang baik buat ibu ayah kita. Berikan mereka pemakanan yang baik. 



➡️KURMA dapat berikan tenaga segera supaya mak ayah tetap cergas walaupun mereka kurang makan. Juga bantu elakkan masalah kejang dan bantu mak ayah dapatkan tidur yang lena.

➡️Gabungan KURMA, BUAH TIIN, KISMIS DAN BUAH DELIMA akan bantu hilangkan keletihan melampau di samping bagus untuk sistem pencernaan.

➡️KISMIS juga akan dapat kuatkan saraf-saraf.

➡️Kandungan fosforus yang ada dalam BADAM akan bantu untuk kuatkan tulang. Banyak kes dah berlaku bila jatuh tulang terus patah. Sebab kekuatan tulang dah makin berkurang. 

➡️SAFFRON pula akan bantu stabilkan tekanan darah dan kawal kadar kolestrol dalam badan.

➡️ARABIC GUM AL-MANNA @getah arab bantu kuatkan buah pinggang disamping sumber pre-biotik semulajadi yang mana bantu masalah usus dan sistem penghadaman. 

Jadi, dah lengkap dalam satu botol untuk kegunaan ibu ayah. Berikan pemakanan yang baik agar mereka melalui hari2 usia emas mereka dengan bahagia😍😍.

 💕💕kakYu Amoora 

 #wargaemas    #stokisamoorakualaterengganu #amoorapremium   #kebaskakitangan

Friday, 23 October 2020

KENALI PUNCA YANG BOLEH SEBABKAN KANSER.

Kanser @ barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau dikenali juga sebagai tumor.
.
Tumor boleh dikategori sebagai bukan barah ( benign) ataupun barah (malignant). Jom kita ketahui punca-punca yang boleh menyebabkan kanser @ barah.


PUNCA-PUNCA PENYEBAB KANSER@BARAH

✔ 1) SEMBELIT
➡️ berpunca dari sembelit menyebabkan toksin dalam badan berkumpul dan tidak dapat dikeluarkan dengan baik. Toksin ini lama kelamaan akan menjadi toksid dan beracun dan boleh sebabkan kanser usus.

✔ 2) STRESS
➡️ bila individu hadapi tekanan@stress, ia akan mengganggu aktiviti normal pada otak dalam menghasilkan hormon yang seimbang. Ini menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah. 

✔ 3) TAK CUKUP TIDUR
➡️ Keadaan ini menyebabkan hormon bercelaru seterusnya akan merosakkan sel-sel badan. 

✔ 4) ASID DALAM PERUT
➡️ Kandungan asid yang terlalu banyak dalam perut akan merosakkan sel-sel dalam perut. 

✔ 5) BANYAK DUDUK
➡️ Ahaa, duduk juga boleh jadi punca penyebab kanser yer. Duduk terlalu lama buatkan organ kita 'diam' dan akan datangkan banyak penyakit. Prof Dr. Muhaya pernah beritahu, individu perlu berdiri selepas duduk setengah jam @ 1 jam. 


BAGAIMANA AMOORA SUPERFOOD @ SUPERTEA DAPAT BANTU UNTUK CEGAH KANSER @ BARAH??

🔺️ Kita perlu pastikan usus kita bersih. Pembuangan yang lancar dan tiada sembelit dapat buang toksin dalam badan. Halia dan lemon dapat bantu untuk buang angin dan toksin dalam badan. Lemon pula akan stabilkan pH dalam perut dan kuatkan sistem imun. 

Usus yang bersih akan bantu proses penyerapan nutrisi dengan lebih cepat dan baik.

🔺️ Elakkan atau kurangkan makanan yang di bakar dan gula putih dalam diet seharian. Gula putih ini akan bertukar mrnjadi lemak dan sebabkan obesiti.

🔺️ Kawal Stress
Biasakan ambil kurma kerana dakam kurma ada agen penenang. Kurma tinggi potassium dan magnesium. 2 mineral penting ini sangat baik untuk otak. Kurma juga tinggi serat dan baik untuk sistem penghadaman. Ia juga bertindak sebagai prebiotik.

🔺️ Ambik madu setiap hari kerana semua nutrisi akan mudah diserap dalam badan. 

AMOORA SUPERTEA akan bantu mencuci usus dan membuang segala toksin yang ada dalam badan. Gabungan daun senna, halia dan lemon sangat baik untuk sistem usus. Bersihkan kotoran, lemak dan racun dalam badan melalui pembuangan air besar. 




AMOORA SUPERFOOD pula adalah makanan campuran kurma dan bijirin organik. Mengandungi kurma, madu, kismis, buah tiin, delima, habbatus sauda, minyak zaitun, aprikot. Gabungan superfood ini mengandungi nutrisi yang cukup untuk badan kita. 



Sunday, 18 October 2020

RAHIM JATUH @ LEMAH, TAHU TANDA-TANDA DAN KESANNYA.

Rahim jatuh adalah satu keadaan di mana uterus turun ke bawah atau ke dalam faraj. ini berlaku kerana ligamen lantai pelvik jadi lemah dan tidak mampu untuk menyokong uterus.


Ia kemungkinan berpunca dari kekerapan bersalin dan juga gaya hidup seseorang. Mungkin seseorang yang kerjanya selalu mengangkat barang2 yang berat dan juga kemungkinan ahli sukan yang selalu melakukan aktiviti lasak.



Tanda-tanda rahim jatuh atau lemah adalah;

  • Kencing tak lawas - padahal baru je lepas buang air kecil tapi masih lagi rasa nak kencing.
  • Rasa berat dibahagian ari-ari.
  • Tak boleh nak kawal kencing terutama ketika batuk atau bersin.
  • Sakit ketika bersama suami - sangat jelas rasa ngilu dibahagian rahim.
  • Perut senak dan tidak selesa.
  • Sakit pinggang yang berpanjangan.
  • Sakit di bahagian tumit kaki- rasa menyucuk-nyucuk.
  • Paha dan betis rasa kebas.
  • Rasa seperti nak demam terutama selepas waktu Asar dan Maghrib.

Cara untuk mengatasi masalah rahim jatuh @ lemah.

(1)    Kurangkan berat badan - bertujuan bagi mengurangkan tekanan            pada struktur pelvik.
(2)    Buat senaman Kegel 
            https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/308679/senaman-kegel-lebih-selamat
(3)    Elakkan sembelit. minum air yang banyak dan makan makanan              yang tinggi serat. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.



Kesan @ masalah dari rahim jatuh @ lemah

1)    Prolaps Uterus
  • terjadi apabila otot dan ligamen yang menampung uterus jadi lemahdan kemungkinan turun ke bawah dan menekan pundi kencing.
  • menyebabkan kebocoran air kencing dan sakit ketika bersama.    
2)    Menorhagia
  • keadaan di mana pendarahan haid terlalu lama atau pendarahan yang terlalu banyak.
  • akan sebabkan anemia iaitu jumlah sel darah merah akan menurun.
3)    Penyakit Radang Pinggul (PID)
  • PID disebabkan oleh infeksi atau jangkitan bakteria yang masuk ke serviks dan merebak ke rahim, dinding rahim dan seterusnya ke tiub fallopio.
4)    Kanser Rahim
  • di sebut juga kanser endometrium. Menyebabkan pendarahan vagina yang tidak normal.

kredit to : theAsianParentMalaysia
                hello Doctor

MANFAAT TAMAR

 #Alhamdulillah Pak Ustaz pun suka Tamar🤩 Tamar bukan sekadar #tamar ya...tp, #bebolaTamar Gabungan kurma ajwa madinah gred paling premium,...